KUALA LUMPUR 10 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan penugasan standby di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur sebagai langkah memastikan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di lokasi berkenaan.
Penugasan tersebut dilaksanakan pada 10 Ogos 2026, bermula jam 8.30 pagi, dengan melibatkan Pasukan Alpha yang terdiri daripada dua penyelia dan tujuh anggota.
Bagi menyokong penugasan berkenaan, JBPM turut menempatkan jentera LFRT STL dan EMRS STL di WTC Kuala Lumpur bagi memastikan keupayaan tindak balas segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
-Advertisement-
Penempatan anggota dan aset berkenaan mencerminkan komitmen JBPM dalam memastikan tahap kesiapsiagaan operasi serta aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan, khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang awam. – The Capital Post