Jinping minta AS henti bekal senjata kepada Taiwan

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping mengingatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya berhenti membekalkan senjata kepada Taiwan.

-Advertisement-

Namun China pada masa sama, bersetuju memulakan semula rundingan tentera-ke-tentera di peringkat tinggi.

“Pihak AS harus berhenti membekalkan senjata kepada Taiwan dan menyokong penyatuan semula secara aman China,” kata Jinping kepada Biden, dalam kenyataan oleh Kementerian Luar China.

“China akan merealisasikan penyatuan semula dan ini tidak dapat dihalang,” .

-Advertisement-

Kedua-dua pemimpin sebelum itu `bersetuju’menyambung semula atas dasar kesaksamaan dan menghormati komunikasi tentera-ke-tentera di peringkat tinggi.

Mereka juga bersetuju pada sidang kemuncak Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di California itu untuk mengadakan rundingan bersama kerajaan mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan kumpulan kerja kerjasama antinarkotik.

China dan AS juga terus komited untuk meningkatkan penerbangan penumpang berjadual antara kedua-dua negara, awal tahun depan.

memberitahu Biden, China tidak berusaha untuk `melepasi atau menggulingkan AS’ dan menekankan bahawa `AS tidak seharusnya merancang untuk menindas dan membendung China’.

“China tidak akan mengikut laluan lama penjajahan dan rampasan dan laluan hegemoni yang salah apabila sesebuah negara menjadi kuat,” katanya.

Jinping turut memberi amaran kepada Washington bahawa Beijing tidak berpuas hati terhadap sekatan dan langkah lain terhadap syarikat dari negara itu.

“Tindakan AS terhadap China berhubung kawalan eksport, tapisan pelaburan dan sekatan unilateral serius menjejaskan kepentingan sah China.

“Menindas sains dan teknologi China, mengekang pembangunan berkualiti tinggi China dan merampas hak rakyat China untuk pembangunan.”

– AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373