WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27902) ORDER BY meta_id ASC

Johor lulus pindaan kelayakan umur calon pilihan raya kepada 18 tahun » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Johor lulus pindaan kelayakan umur calon pilihan raya kepada 18 tahun

Estimate Reading Time: 2 minutes

ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, meluluskan pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan 1985 (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur daripada 21 kepada 18 tahun untuk individu bertanding sebagai calon di kerusi DUN pada pilihan raya.

-Advertisement-

Johor menjadi negeri terbaru membenarkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pilihan raya akan datang.

Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan dibahaskan beberapa ADUN, sebelum diluluskan selepas dibacakan kali ketiga.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan itu, Hahasrin Hashim (BN-Panti) berkata, sebelum ini ada pihak tidak bersetuju dengan pindaan kelayakan calon daripada 21 kepada 18 tahun kerana persepsi kematangan orang muda yang masih belum mencapai tahap sepatutnya.

“Namun, orang muda perlu menganggap ia sebagai cabaran dan buktikan mereka layak dan mampu memimpin apabila dipilih menjadi calon di kawasan tertentu di negeri ini.

“Saya yakin orang muda sudah matang dan langkah pindaan ini bertepatan, sekali gus akan membawa Johor lebih maju selepas ini,” katanya.

Andrew Chen Kah Eng (DAP-Stulang) pula berkata, pindaan enakmen itu menandakan satu peristiwa penting ke arah kemajuan sistem demokrasi negeri.

“Ini kerana, lebih ramai orang akan layak mengundi dan proses pengundian akan menjadi lebih mudah dengan pendaftaran automatik, seterusnya membolehkan lebih ramai rakyat negara ini layak dan boleh mengundi.

“Mengurangkan umur mengundi kepada 18 tahun juga mengemudi golongan muda supaya lebih cepat mengenali dan mendekati perkembangan politik negara.

-Advertisement-

“Kebanyakan mereka akan mula berfikiran matang dan kritis sejak alam persekolahan lagi. Dengan ini, lebih ramai pemimpin pelapis lebih muda akan dapat disemai dengan awal,” katanya.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan sebulat suara.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, enakmen berkenaan akan berkuatkuasa melalui pemberitahuan di dalam warta.

“Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021.

“Ia (enakmen) hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam warta,” katanya.

Beliau kemudian menangguhkan persidangan dewan negeri ke suatu tarikh yang ditetapkan.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC