JPN Sabah tutup operasi semua pejabatnya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 21 Okt — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah mengumumkan penutupan operasi baki lapan lagi pejabatnya di negeri itu berkuat kuasa esok hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, sekali gus menjadikan kesemua 29 pejabatnya ditutup.

-Advertisement-

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata keputusan itu yang melibatkan pejabat di zon hijau dan kuning, iaitu Kota Marudu, Pitas, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan, bertujuan membendung penularan COVID-19.

Sebelum ini, JPN Sabah menutup operasi 21 pejabatnya yang terletak di zon merah.

-Advertisement-

“JPN Sabah juga ingin menasihati pelanggan agar menangguhkan urusan mereka di JPN hingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir sekiranya tiada urusan yang mendesak atau kes kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairrul Aminus berkata pelanggan yang mempunyai urusan penting seperti kehilangan kad pengenalan, boleh menghubungi JPN Sabah melalui talian di 088-488300, 088-488301 atau 088-488365. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373