Kakitangan positif Covid-19, ibu pejabat Sime Darby Property ditutup

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Ibu pejabat Sime Darby Property di Ara Damansara ditutup sementara bagi membolehkan kerja nyahkuman secara menyeluruh dijalankan berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

-Advertisement-

Dalam kenyataan hari ini Sime Darby Property berkata, kakitangan itu kali terakhir hadir di pejabat pada 2 Oktober dan kini menerima rawatan di hospital.

Semua pekerja di ibu pejabat itu diarahkan bekerja dari rumah hingga diberitahu kelak.

Sehubungan itu, Sime Darby Property berkata pihaknya sedang mengesan individu yang berhubung secara langsung dengan kakitangan terbabit.

-Advertisement-

Mereka yang mempunyai kontak dengan kakitangan itu dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan mendapatkan bantuan perubatan segera jika mula mempunyai gejala atau tidak sihat.

“Kesihatan dan keselamatan pekerja dan pemegang taruh kami menjadi keutamaan, dan kita akan terus memantau situasi sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373