KDN Perkukuh Kecekapan Digital

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam apabila warga kementerian bersama agensi di bawahnya menyertai Sesi Technology Update (TU) Tahun Keempat bagi Kontrak Perkhidmatan Pembekalan Perkakasan dan Perisian ICT Secara Sewa Guna untuk Sistem Perakaunan iGFMAS.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Akauntan KDN, Puan Murniyati Ramli itu bertujuan memastikan tahap pengetahuan serta kemahiran teknikal warga KDN sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan pesat teknologi digital dan keperluan persekitaran kerja masa kini.

Sepanjang sesi tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai inovasi yang mampu meningkatkan produktiviti organisasi, termasuk penggunaan Smartboard interaktif, aplikasi NotebookLM dalam persekitaran kerja serta pemanfaatan teknologi Google Agentic AI menerusi Gemini bagi menyokong pelaksanaan tugasan secara lebih cekap dan sistematik.

-Advertisement-

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memperkukuh keupayaan digital warga kerja, di samping memastikan penyampaian maklumat serta pengurusan data dilaksanakan dengan lebih moden, efisien dan selamat sejajar dengan aspirasi transformasi digital sektor awam. – The Capital Post