WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26906) ORDER BY meta_id ASC

Kemasukan rakyat 5 negara tertakluk syarat MyTravelPass » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kemasukan rakyat 5 negara tertakluk syarat MyTravelPass

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Warganegara India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal kini boleh memasuki negara ini untuk bekerja, namun perlu mengikuti syarat ditetapkan Jabatan Imigresen.

-Advertisement-

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, walaupun Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan kemasukan semula rakyat dari lima negara berkenaan, mereka perlu mematuhi syarat terkandung dalam MyTravelPass.

“Kemasukan mereka tetap tertakluk kepada syarat dalam MyTravelPass. Mereka boleh masuk bekerja di Malaysia asalkan mengikut semua syarat ditetapkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan keputusan penamatan sekatan tambahan ke atas kemasukan pengembara dari lima negara itu dilaksanakan serta merta dalam surat makluman Ketua Pengarah Imigresen bertarikh 20 September lalu.

Menerusi surat berkenaan, kemasukan warganegara terbabit hendaklah dibuat secara teliti dengan mensasarkan kategori Penduduk Tetap (PR), pemegang pas jangka panjang, pelawat perniagaan dan pelabur.

Katanya, pelawat asing yang dibenarkan masuk hendaklah mematuhi syarat keperluan lengkap divaksin, prosedur ujian saringan ketika ketibaan dan kuarantin di Malaysia seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan varian baharu COVID-19 dalam negara.

Antara warga asing yang boleh memohon di dalam MyTravelPass ialah berstatus PR, individu yang memohon masuk menerusi majikan bagi kategori Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

-Advertisement-

Sementara itu, menerusi laman rasmi MyTravelPass, majikan dan warga asing berkenaan perlu melalui beberapa proses sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

Antaranya majikan perlu membuat permohonan terlebih dulu dengan melampirkan surat permohonan rasmi, halaman depan dan belakang pasport pekerja asing dan pas lawatan terkini bagi pekerjaan sementara.

Bagi pekerja asing pula, mereka perlu menjalani saringan kesihatan COVID-19 di negara masing-masing sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berangkat dan disahkan negatif secara perubatan serta diwajibkan memuat turun aplikasi Mysejahtera.

Kemasukan mereka di Malaysia hanyalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor.

Pekerja warga asing ini juga perlu melampirkan Visa Pekerjaan Sementara yang masih sah dengan visa masuk semula atau Visa Lulus Pekerjaan Sementara tanpa visa masuk semula. Semua warganegara asing wajib mendapatkan visa sebelum masuk.

Mereka juga wajib mendapatkan visa tanpa rujukan (VTR) dari Kedutaan Besar Malaysia, Konsulat atau Suruhanjaya Tinggi sebelum memasuki negara ini. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC