Kenaikan OPR: BNM bebas tentukan dasar monetari, tiada campur tangan luar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) adalah badan bebas dan tidak dipengaruhi oleh campur tangan luar dalam membuat keputusan berkaitan dasar monetari termasuk penetapan Kadar Dasar Semalaman (OPR), tegas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

-Advertisement-

Katanya, penetapan OPR adalah bidang kuasa BNM melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

“MPC adalah bebas dan anda boleh melihat dari polisi kami yang mengatakan dasar monetari yang dilaksanakan tanpa pengaruh luar,” katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku pertama 2023 di sini, hari ini.

Pada 3 Mei lalu, MPC BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata yang menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

-Advertisement-

Kenaikan itu mengundang pelbagai persepsi dikalangan rakyat dan mengaitkan langkah BNM itu dengan kerajaan dan politik.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut menyatakan kerajaan akan terus mempertahankan kebebasan kuasa BNM dalam menentukan OPR.

Rafizi turut menegaskan langkah itu penting bagi memastikan BNM dapat membuat keputusan terbaik untuk kelangsungan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, tanpa terpengaruh dengan tuntutan dan pandangan semasa. – Berita Harian