WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26967) ORDER BY meta_id ASC

Kerajaan perlu telus perbelanjaan luar belanjawan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kerajaan perlu telus perbelanjaan luar belanjawan

Estimate Reading Time: 3 minutes

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersikap telus dengan amalan perbelanjaan di luar belanjawan khususnya yang dibiayai melalui jaminan hutang.

-Advertisement-

Ia bagi mengelakkan jumlah hutang dan liabiliti kerajaan meningkat ke paras tidak mapan yang mana akan menjejaskan kedudukan fiskal negara dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata penyediaan RMKe-12 bagi pembangunan negara untuk lima tahun akan datang itu sangat penting dan mencabar memandangkan keadaan pandemik COVID-19 telah membatasi ruang fiskal kerajaan dan mengekang kemampanan fiskal negara.

Beliau berkata, adalah tidak pasti bagaimana kerajaan berupaya membiayai ratusan bilion perbelanjaan pembangunan untuk lima tahun ke depan tanpa perlu menaikkan had hutang berkanun setiap tahun dengan kedudukan hutang kerajaan berjumlah RM958 bilion atau 61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), termasuk hutang yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM300 bilion yang terdiri daripada bon yang diterbitkan oleh Danainfra, Prasarana, yang harus ditanggung oleh kerajaan termasuk komitmen kerajaan di luar belanjawan yang lain.

Justeru, katanya, sebarang perbelanjaan untuk projek infra yang membabitkan komitmen jaminan oleh kerajaan hanya harus membabitkan projek yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam hal menyediakan pekerjaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Semua projek yang tidak dirancang dan diluar RMKe-12, sekiranya ia tidak diperlukan maka tidak wajarlah dipertimbangkan. Kerajaan mesti belajar daripada pandemik ini dan berusaha untuk memberi tumpuan kepada peningkatan kemampuan penjagaan kesihatan awam kerana COVID-19 telah mendedahkan ketidakcukupan dan batasan sistem penjagaan kesihatan kita untuk menghadapi pandemik besar seperti COVID-19.

“Mengikut perangkaan Bank Dunia, perbelanjaan penjagaan kesihatan kerajaan Malaysia ketinggalan di belakang dengan hanya membelanjakan 2.0 peratus daripada KDNK untuk penjagaan kesihatan awam berbanding kira-kira 3.8 peratus KDNK oleh negara berpendapatan menengah atas lain,” katanya bagi mengulas mengenai harapan RMKe-12.

Johari berkata, pandemik COVID-19 juga telah mendedahkan kerentanan kedudukan keselamatan makanan negara, yang mana jika negara lain menghentikan eksport produk makanan ruji seperti beras, tepung, gula, jagung dan komoditi makanan import lain untuk melindungi bekalan domestik mereka sendiri, menjadikan pengimport seperti negara ini berisiko kekurangan makanan.

Beliau berkata, dengan bil import makanan mencecah RM55.5 bilion tahun lalu dan meningkat hampir setiap tahun, kerajaan mesti merancang untuk meningkatkan kecukupan bekalan negara dan mengurangkan pergantungan terhadap import.

Katanya, ia memerlukan strategi yang dirancang dengan baik untuk dilaksanakan oleh kementerian yang relevan yang terbabit dalam keselamatan makanan.

-Advertisement-

“Antara lain yang boleh dipertimbangkan adalah pelaburan berbalik di negara lain yang menanam makanan import kita di luar negara untuk melindungi sumber bekalan makanan kita,” katanya.

Johari berkata, dalam RMKe-12, kerajaan mesti memikirkan penanaman atau pengeluaran makanan sebagai suatu keperluan dengan menerapkan sistem teknologi tinggi, ketepatan kejuruteraan dan konsep lestari.

Beliau berkata, kerajaan mesti memperuntukkan sumber yang cukup untuk melaksanakan strategi itu daripada awal lagi agar sektor swasta dapat turut serta dalam inisiatif berkenaan untuk mewujudkan ekosistem keselamatan makanan negara yang lestari.

Katanya, RMKe-12 tidak hanya berkaitan dengan projek infrastruktur fizikal tetapi juga menjamin era pasca-pandemik Malaysia.

“Kerajaan membentangkan RMKe-12 lewat satu tahun berikutan keadaan darurat dan penangguhan persidangan Parlimen yang menyebabkan Belanjawan 2021 diumumkan sebelum RMKe-12.

“Saya harap RMKe-12 akan memberikan hala tuju yang jelas bagi kerajaan untuk merangka Belanjawan 2022 kerana ia penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur yang telah berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang ditunjukkan oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) negara ini yang berada di belakang ekonomi serantau lain seperti Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Johari juga berharap, Ahli Parlimen mesti diberi masa yang cukup untuk berdebat dan membincangkan RMKe-12 di Parlimen kerana ia adalah strategi penting yang akan diambil oleh negara dalam lima tahun akan datang.

“Sebenarnya, ia lebih penting berbanding belanjawan kerana belanjawan tahunan kita harus mengikuti strategi yang telah dikemukakan dalam RMKe-12 ini,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC