Khairy bertanding di Parlimen Sungai Buloh? #PRU15 #GE15

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 10 OKT 2022 (The Capital Post) – “Saya orang parti, macam-macam pemimpin tempatan tawarkan kerusi kepada saya. Saya terbuka untuk bertanding di mana-mana sama ada di Negeri Sembilan atau Lembah Klang” ujur YB Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

-Advertisement-

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin juga berkata beliau terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Beliau berkata ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen kepadanya, namun semua itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menentukan kedudukannya.

-Advertisement-

Menurut beberapa sumber dalam UMNO, Mantan Menteri Kesihatan disebut – sebut akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh berikutan Ketua Bahagian UMNO Rembau yang juga Timbalan Presiden UMNO, YB Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan yang telah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding di Parlimen Rembau.