KPDN Perak Salur Bantuan Food Bank Kepada Pelajar

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH 29 Julai 2026, (The Capital Post) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak meneruskan usaha membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan Program Inisiatif Ihsan Food Bank (I-FB) 2026 dengan menyalurkan sumbangan kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program tersebut bertujuan mengurangkan pembaziran makanan melalui pendekatan ekonomi kitaran yang lebih sistematik, di samping memastikan lebihan makanan yang masih selamat dimakan dapat dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan.

Menerusi Sekretariat Food Bank Malaysia, KPDN Perak komited memperkukuh pelaksanaan inisiatif tersebut bagi memastikan pengagihan makanan dilakukan secara lebih tersusun dan berkesan, sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pelajar.

-Advertisement-

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengarah KPDN Negeri Perak, Dato’ Hj. Kamalludin Hj. Ismail. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri Perak, Mohamad Kamarol Mat Nor, serta Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan KPDN Negeri Perak, Poovendran Viliam.

Pelaksanaan Inisiatif Ihsan Food Bank mencerminkan komitmen berterusan KPDN dalam menggalakkan amalan penggunaan makanan secara lestari, mengurangkan pembaziran serta memperkukuh jaringan bantuan kepada golongan yang memerlukan menerusi kerjasama pelbagai pihak. – The Capital Post