PUTRAJAYA 15 Julai 2026 (The Capital Post) – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad telah mempengerusikan sesi libat urus bersama kesatuan dan persatuan perkhidmatan perguruan berkaitan penggredan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sesi perbincangan tersebut diadakan sebagai usaha mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan dasar pendidikan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira keperluan warga pendidik.
KPM menegaskan komitmen untuk melaksanakan setiap pembaharuan secara inklusif, telus dan berteraskan kerjasama bersama pihak berkaitan. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dalam memperkukuh sistem pendidikan negara yang berkualiti, responsif dan mampan.
-Advertisement-
Kerjasama berterusan antara KPM, kesatuan serta persatuan perguruan dijangka menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkat keberkesanan pengurusan sekolah dan pembangunan pendidikan negara – The Capital Post