PUTRAJAYA 20 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan (KPM) menyertai secara dalam talian sesi perjumpaan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama warga Kementerian Kewangan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada 19 Oktober lalu.
Dalam amanatnya, Anwar menggariskan kerangka Belanjawan 2027 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, dengan penekanan terhadap keseimbangan antara kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.
Selaras dengan aspirasi tersebut, KPM terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh sistem pendidikan negara, memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga pendidikan terus diberi perhatian.
-Advertisement-
Usaha ini penting bagi membangunkan ekosistem pendidikan yang menyokong agenda pembangunan negara, di samping memastikan guru dan seluruh warga pendidikan dapat memainkan peranan secara berkesan dalam membentuk generasi masa hadapan.
KPM turut menegaskan komitmennya untuk terus mendukung aspirasi pembangunan negara menerusi pendidikan, berlandaskan semangat “Tahun Ini, Tahun Kita” dan slogan “Guru Bitara Nadi Negara” – The Capital Post