KPT Dan JPA Perkukuh Kerjasama Strategik

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 8 Julai 2026, (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di Pejabat KPPA bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pertemuan tersebut menjadi platform perbincangan berkaitan aspek tadbir urus sektor awam serta keperluan pengurusan sumber manusia KPT dalam menyokong usaha memperkasa agenda pendidikan tinggi negara selaras dengan matlamat pembangunan nasional.

Kunjungan berkenaan turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai langkah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan, cekap dan memenuhi keperluan semasa.

-Advertisement-

Kerjasama strategik antara KPT dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus diperkukuh bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan kekal dinamik, responsif serta berlandaskan nilai Malaysia MADANI dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. – The Capital Post