Lagenda Properties beli tanah RM33 juta di Kuantan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Lagenda Properties Bhd, LPB Development Sdn Bhd membeli sebidang tanah pegangan pajak di Kuantan, Pahang dengan harga RM33 juta.

-Advertisement-

Lagenda Properties dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, LPB Development memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan SST Development Sdn Bhd untuk membeli tanah pegangan pajak berukuran kira-kira 2.023 juta meter persegi.

“Kami berhasrat untuk melaksanakan pembangunan perbandaran mampu milik di tanah berkenaan, yang akan menawarkan gabungan pelbagai bangunan perumahan mampu milik dan bangunan komersial dengan anggaran nilai pembangunan kasar kira-kira RM1 bilion,” katanya.

Kumpulan itu dijangka memulakan sebahagian daripada projek pembangunan itu menjelang 2023.

-Advertisement-

“Memandangkan cadangan pembangunan itu masih dalam peringkat perancangan awal, kos pembangunan kasar tidak dapat ditentukan pada ketika ini,” katanya.

Menurut syarikat itu, sumber pembiayaan bagi cadangan pembangunan tersebut hanya akan ditentukan selepas butiran terperinci dan kos pembangunan dimuktamadkan.-BERNAMA