Larangan tukar parti akan berkuat kuasa mulai PRU-15

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti akan dikuatkuasakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata undang-undang terbabit ketika ini sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana dipaparkan di laman sesawang rasmi Istana Negara.

“Ia akan berlaku (kuat kuasa) sebelum (PRU-15). Perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi di hadapan anda (pemberita) dalam tempoh terdekat.

“Saya akan memberi penjelasan lanjut ketika itu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

-BH