Lebih ramai belia Thai berisiko hidap diabetes

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGKOK: Jumlah rakyat Thailand yang menghidap diabetes diramalkan meningkat kepada kira-kira 5.3 juta pada 2040, daripada 4.8 juta tahun ini dengan kemungkinan peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

-Advertisement-

Jangkaan itu dibuat Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Persatuan Diabetes Thailand.

Pada sambutan Hari Diabetes Sedunia semalam, Piyada Prasertsom, pengurus Rangkaian Kanak-kanak Thai menentang Gula, berkata aspek diabetes yang paling membimbangkan di negara itu ialah lebih ramai golongan muda Thailand menghidapnya disebabkan tabiat pemakanan.

Walaupun kebanyakan kes diabetes ditemui pada orang pertengahan umur, beliau menyatakan diabetes Jenis 2 dikesan pada kanak-kanak Thailand, berumur hanya 10 atau 11 tahun, kerana makan terlalu banyak gula.

-Advertisement-

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seseorang tidak boleh mengambil lebih daripada 10 sudu teh (atau 50gram) setiap hari tetapi, di Thailand, segelas minuman ringan mungkin mengandungi antara 10-15 sudu teh gula, kata Piyada.

Bukan sahaja gula tulen menyebabkan diabetes, beberapa makanan lain juga mengandungi paras gula yang tinggi, katanya sambil menyarankan mereka yang sedar berisiko menghidap diabetes perlu segera mengubah tabiat pemakanan mereka dengan mengurangkan pengambilan gula terutama minuman ringan.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373