Lelaki 30 tahun ke bawah, 3 kali ganda berisiko hidap penyakit darah tinggi berbanding wanita

Estimate Reading Time: < 1 minute

Penyakit darah tinggi antara yang paling lazim berlaku dalam pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

-Advertisement-

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019), mendapati bahawa lelaki berusia 30 tahun ke bawah adalah tiga kali ganda berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi berbanding wanita.

Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Mengikut portal Kementerian Kesihatan (KKM) pengesanan awal mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.️

Punca penyakit kardiovaskular

* Obesiti

* Tidak mengamalkan cara hidup sihat

* Kurang bersenam

* Merokok

* Diet tidak seimbang

* Tekanan darah tinggi

* Kandungan lemak dalam badan yang tinggi

* Kencing manis tidak terkawal

* Stres yang tidak terkawal

-Advertisement-

* Pengambilan alkohol

Cara pencegahan :

* Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi tiga kali seminggu

* Pemakanan seimbang

* Kekalkan berat badan unggul

* Berhenti merokok

* Belajar menangani tekanan perasaan

* Periksa paras gula dalam darah

* Awasi paras kolesterol

* Elakkan mengambil alkohol

* Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373