‘Lelaki Everest’ cipta rekod kali ke-29

Estimate Reading Time: < 1 minute

KATHMANDU: Seorang juru pandu Nepal dan pendaki Britain pada Ahad memecahkan rekod sendiri dengan mendaki Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia masing-masing untuk kali ke-29 dan ke-18.

-Advertisement-

Kami Rita Sherpa mendaki puncak 8,849 meter menerusi laluan Southeast Ridge, yang dipelopori pendaki pertama, warga New Zealand Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay pada 1953.

Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Rakesh Gurung, berkata pendaki Britain, Kenton Cool, 50, turut mendaki gunung tertinggi itu untuk memperbaiki rekod pendakiannya sebelum ini iaitu sebanyak 17 pendakian.

Kedua-duanya dalam ekspedisi berasingan.

-Advertisement-

Juga dikenali sebagai “lelaki Everest,” Rita pertama kali mendaki gunung itu pada 1994, dan mendakinya dua kali dalam tempoh seminggu pada Mei tahun lalu.

Nepal, negara yang memiliki lapan daripada 10 puncak tertinggi dunia, dan aktivit mendaki gunung adalah aktiviti pelancongan utama dan sumber pendapatan serta pekerjaan bagi negara kecil Himalaya itu.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373