WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33781) ORDER BY meta_id ASC

Lelaki pukul Imam dihantar ke Hospital Permai » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lelaki pukul Imam dihantar ke Hospital Permai

Estimate Reading Time: < 1 minute

March 31, 2023 (The Capital Post)

-Advertisement-

KUANTAN, 31 MacLelaki yang tular memukul imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu, akan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi mendapatkan pemantauan dan laporan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman terhadap  Ahmad Paijan Abd Rashid, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum itu, Ahmad Paijan yang berada di kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah hanya menjawab ‘saya terdengar suara’.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Ahmad Paijan didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada sembahyang subuh yang sedang dijalankan dengan sah di sisi undang-undang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sampai setahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Ezuain Farhana Ahmad bersama Anuarul Hakim Abdul Muen tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

-Advertisement-

Ezuain Farhana turut  membuat permohonan  di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi menjalankan pemeriksaan.

Kes disebut semula pada 22 April depan.

Sebelum ini, tular satu rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam jemputan.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang jemaah lalu bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.

Pihak Masjid Sultan Ahmad Shah 1 bagaimanapun dalam pengumuman mereka meminta agar orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut.

-BERITA RTM

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC