Letupan gas di Turkiye korbankan 5 mangsa, puluhan lagi cedera

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANBUL: Letupan gas di sebuah restoran di barat Turkiye menyebabkan sekurang-kurangnya lima mangsa terkorban dan mencederakan lebih 57 yang lain, kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya, pada Ahad.

-Advertisement-

Menurut kenyataan menteri terbabit di platform X, siasatan awal mendapati letupan mungkin berpunca daripada silinder gas.

“Pada Ahad, pihak berkuasa berkata seorang suspek ditahan berhubung kejadian itu, yang mana lelaki berkenaan didakwa menggantikan silinder gas lama dengan yang baharu di tapak itu pada Sabtu.

“Semoga Tuhan mengasihani rakyat kita yang kehilangan nyawa, dan saya berharap mereka yang cedera cepat sembuh,” tulisnya di X.

Letupan itu, yang berlaku di bandar Torbali di selatan bandar Izmir, sangat kuat sehingga kedengaran dari jauh, lapor berita rasmi Anadolu.

-Advertisement-

Imej yang disiarkan di saluran televisyen menunjukkan bahagian hadapan beberapa bangunan musnah akibat letupan, yang turut memecahkan cermin kereta berhampiran.

Kereta dan rumah di sekitar kawasan itu turut rosak, mendorong pihak berkuasa meminta orang ramai yang tinggal di kawasan itu supaya berpindah.

-AGENSI

-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373