WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24593) ORDER BY meta_id ASC

Loji CESSB di KLIA mula beroperasi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Loji CESSB di KLIA mula beroperasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA – Coo­ling E­nergy Supply Sdn. Bhd. (CESSB), syarikat usaha sama antara Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) telah memulakan operasi dan penyelenggaraan loji penyejukan daerah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 Julai lalu.

-Advertisement-

CESSB dimiliki oleh anak syarikat milik penuh TNB, TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd. (TNEC) sebanyak 70 peratus, manakala baki dipegang oleh anak syarikat milik penuh MAHB, Airport Ventures Sdn.Bhd.

CESSB telah ditubuhkan tahun lalu bagi membekal tenaga elektrik dan penyejukan kepada lapangan terbang tersebut.

Pengerusi TNEC, Lim Fu Yen berkata, kerjasama antara TNB dan MAHB akan menyerlahkan aspirasi TNB untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.

-Advertisement-

“Kami yakin usaha sama ini bakal menyumbang dengan ke­tara dan positif terhadap kepuasan pelanggan bagi penumpang yang menggunakan KLIA,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Di bawah perjanjian konsesi 20 tahun yang dimeterai kedua-dua pihak, CESSB akan mengendali, menyelenggara dan menaik taraf loji penyejukan daerah sedia ada yang merupakan antara yang terbesar di Malaysia.

Syarikat usaha sama ini juga akan menjual, mengagih dan membekalkan tenaga elektrik dan penyejukan kepada pe­langgan di KLIA dan sekitarnya menggunakan teknologi moden, efisien dan berdaya harap.-KOSMO

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC