Mahkamah benar kerajaan lucut hak Umno Kelantan ke atas RM32,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari kini membenarkan permohonan kerajaan untuk melucutkan hak Umno Kelantan ke atas RM32,962.87 kerana ia hasil kutipan daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang.

-Advertisement-

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kesnya terhadap responden berdasarkan imbangan kebarangkalian.

“Semua keperluan mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram dipenuhi pemohon,” katanya.

Hakim berkata kerajaan berhak ke atas jumlah pokok dan faedah yang disimpan dalam suatu akaun CIMB.

SPRM membuat permohonan pada awal Jun bagi melucutkan hak ke ats wang itu selepas membekukan akaun bank Umno Kelantan.

-Advertisement-

Wang itu dirampas oleh agensi anti-rasuah itu selepas didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim tampil mewakili SPRM manakala Nurul Hazreen Ahmad Kamal mewakili Umno Kelantan.

Pada 21 Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata permohonan untuk hak melucut hak dibuat terhadap 41 responden bagi mendapatkan kembali dana sebanyak RM270 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Latheefa berkata langkah itu menurut undang-undang kerana wang itu dipindahkan dari akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak.

Beberapa individu, parti politik, tabung amanah, dan entiti perniagaan memulangkan wang kepada kerajaan tanpa dicabar. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427