Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan petisyen cabar enakmen syariah Kelantan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, untuk memutuskan petisyen oleh seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

-Advertisement-

Petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, adalah bagi mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat, berkata mahkamah akan menetapkan keputusan itu kemudian.

Beliau berkata demikian selepas selesai mendengar hujahan antaranya daripada peguam mewakili Sisters In Islam (SIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Peguam.

-Advertisement-

Panel itu dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut menganggotai panel sama, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373