Majlis Rapat PPKP 4.0 Perkukuh Aspirasi Pelatih

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 (The Capital Post) – Majlis Rapat Program Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) 4.0 berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkukuh perpaduan, menyatukan aspirasi serta menyemarakkan budaya kepimpinan dan kecemerlangan dalam kalangan warga program.

Majlis yang diadakan pada 31 Julai lalu itu menghimpunkan pelatih, tenaga pengajar serta barisan kepimpinan akademik dalam usaha mempererat hubungan dan meningkatkan semangat kebersamaan. Antara yang hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik, En. Karunagaran a/l M. Arumugam, Ketua Program Kesihatan Persekitaran, Cik Lydia M. Pilik, selain semua pengajar dan para pelatih.

Dalam majlis tersebut, pelatih yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik turut diberikan penghargaan menerusi penyampaian sijil bagi kategori Subjek Terbaik, PNGS Terbaik dan PNGK Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap usaha, komitmen dan dedikasi mereka sepanjang pengajian.

Penganjuran Majlis Rapat PPKP 4.0 turut menjadi medan untuk menyuntik motivasi kepada seluruh pelatih agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kepimpinan, sekali gus melahirkan graduan yang berkualiti serta berdaya saing.

-Advertisement-

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua tetamu, tenaga pengajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelatih (JPP PPKP) dan para pelatih atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna.

Semangat yang diterapkan menerusi penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan serta memperkukuh budaya kecemerlangan dalam kalangan warga PPKP pada masa hadapan. – The Capital Post