WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (23788) ORDER BY meta_id ASC

Makan di restoran dibenar pada fasa tiga PPN » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Makan di restoran dibenar pada fasa tiga PPN

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Makan di restoran hanya dibenarkan ketika bermulanya fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun terhad kepada dua orang satu meja dengan mematuhi penjarakan fizikal.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika fasa itu juga, semua sektor pendidikan termasuk sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, institut latihan kemahiran (ILK) dan institusi pendidikan lain akan mula dibuka.

“Aktiviti sosial masih tidak dibenarkan pada fasa tiga. Bagaimanapun, kelonggaran untuk menerima tetamu atau pelawat di kediaman dibenarkan terhad kepada 10 orang dalam satu masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, aktiviti pelancongan turut dibenarkan pembukaannya pada fasa tiga kelak dengan syarat pelancongan dalam negeri saja dan industri kreatif seperti acara langsung tanpa penonton.

-Advertisement-

Sementara itu, beliau berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) fasa satu PPN yang sedang berkuat kuasa ketika ini menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih diguna pakai kepada semua aktiviti sosial dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.

Bagi fasa kedua, katanya, kebenaran operasi bagi sektor ekonomi pembuatan, perdagangan dan pengedaran akan mula diperluas membabitkan automotif, getah, seramik, besi dan keluli, simen, kilang perabot bagi tujuan eksport, kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta, barangan elektrik, gunting rambut serta komputer dan telekomunikasi.-METRO

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC