Malang 2 lelaki dirempuh bas, tak sempat beli nasi kukus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau.

-Advertisement-

Itu nasib dua lelaki mahu membeli nasi kukus dari sebuah gerai di tepi jalan di Taman Klebang Putra di Chemor, Ipoh, apabila dirempuh sebuah bas sekolah. Klip video kejadian itu dimuat naik di platform X oleh pengguna akaun @bckupacc99.

Dalam rakaman video tular bertarikh Isnin lalu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal dirakam singgah di gerai berkenaan kira-kira jam 1.51 tengah hari ketika ada dua lagi lelaki, masing-masing peniaga dan pelanggan sedia berada di situ.

-Advertisement-

Suasana ketika itu seperti biasa sebelum sebuah bas sekolah, dipercayai mengalami masalah teknikal pada aci setereng, secara tiba-tiba dengan laju merempuh motosikal berkenaan ketika dua lelaki terbabit masih berada di atas motosikal.

Peniaga nasi kukus dan seorang pelanggannya yang lebih awal berada di gerai itu tidak dilanggar, manakala dua lelaki yang dirempuh dikatakan terselamat, namun tidak diketahui status kecederaan dialami mereka.

Kejadian itu mengundang reaksi warganet yang rata-rata terkejut dengan kemalangan itu dan bimbang dengan operasi peniaga di tepi jalan, termasuk melihat lokasi itu tidak sesuai dan berbahaya kepada peniaga dan pelanggan.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373