Malaysia-New Zealand komited perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk pelaburan, perdagangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh kerjasama Malaysia-New Zealand dalam pelbagai bidang khususnya, pelaburan, perdagangan serta pelancongan antara diberi penekanan ketika pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatannya, Christopher Luxon hari ini.

-Advertisement-

Anwar dalam sidang media bersama Luxon berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju kerjasama ditingkatkan dalam pertukaran pelajar dan industri halal.

-Advertisement-

“Perdana Menteri baharu menunjukkan komitmen New Zealand untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin, selain perbincangan yang komprehensif terhadap isu yang memberi kesan ke atas rantau ini, krisis di Ukraine serta situasi di Gaza,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427