Malaysia Perkukuh Kerjasama Antidoping

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING 2 Jun 2026 (The Capital Post) – Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam usaha memerangi isu doping dalam sukan melalui penyertaan Mesyuarat Menteri-Menteri Asia/Oceania Ke-21 Mengenai Antidoping Dalam Sukan yang berlangsung di Beijing, China.

Mesyuarat berkenaan menghimpunkan negara-negara dari rantau Asia dan Oceania bagi membincangkan strategi serta pendekatan bersama dalam menangani isu doping, menjelang pelaksanaan Kod Anti-Doping Dunia 2027 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.

YB Taufiq Johari berkata platform tersebut amat penting dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi memastikan semua atlet bertanding dalam suasana yang adil dan berintegriti.

Beliau turut berkongsi pandangan bersama Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Dr Azril Shazwan Mohd Ali, serta wakil negara-negara lain mengenai amalan terbaik dalam memperkukuh dasar dan rangka kerja antidoping masing-masing.

-Advertisement-

Perbincangan tersebut turut memberi fokus kepada penyelarasan dasar dengan piawaian antarabangsa terkini bagi memastikan pelaksanaan di Malaysia kekal relevan dan berkesan dalam memelihara integriti sukan negara.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini juga dilihat sebagai persediaan penting menjelang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor pada Ogos ini serta Sukan SEA 2027, selain memperkukuh usaha memastikan ekosistem sukan negara kekal bersih dan bebas daripada doping. – The Capital Post