Malaysia sokong bawa perang Palestin-Israel ke ICC

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyokong usaha beberapa negara yang menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan terhadap perang Palestin-Israel.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, malah Malaysia sebelum ini memberikan bantuan dari aspek perundangan walaupun bukan negara anggota Statut Rom ICC.

Katanya, sebelum ini pun, Malaysia melalui wakil Jabatan Peguam Negara turut hadir dan membantu pasukan dalam ICC ini dan ia dibenarkan.

“Kita tidak mengusulkan kepada ICC tetapi tetap hadir dan membantu daripada asepk pasukan perundangan malah pada pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan (Presiden Turkiye) jika ada keperluan kerjasama untuk hadir sidang ICC, kita nyatakan Malaysia akan hadir .

“Saya juga sudah jelaskan di dewan ini (Dewan Rakyat) sudah ada perwakilan kita hadir membantu dari aspek perundangan di ICC sebelum ini dan ini tidak jadi masalah dan ia sudah pun kita lakukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian Malaysia dengan tindakan membawa isu Palestin ke ICC.

-Advertisement-

Baru-baru ini, lima negara termasuk Afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti, menggesa ICC membuka siasatan terhadap perang Israel-Palestin yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan, berkata lima negara itu yang juga ahli ICC mahu siasatan dibuat berhubung konflik ketika melanda Gaza.

Anwar bagaimanapun menegaskan kerajaan tiada sebarang keputusan dan konsensus berhubung penyertaan dalam Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Perkara berhubung Statut Rom dan ICERD perlu ditanyakan kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah) kerana dia yang bawa dulu tanpa mendapat kelulusan Kabinet,” katanya.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373