MAP PUSPANITA Ke-44 Kukuh Kepimpinan Wanita

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 26 Jun 2026, (The Capital Post) – Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke-44 menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan organisasi serta memperkasa peranan wanita menerusi pelbagai agenda yang menyokong pembangunan masyarakat dan institusi keluarga.

Majlis Perasmian Penutup mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh Penaung PUSPANITA, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan turut dihadiri Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datin Che Norshina Mohd Hashim.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara yang juga Penasihat PUSPANITA, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, serta Yang Dipertua PUSPANITA Malaysia, YBhg. Puan Sri Maheran Jamil.

-Advertisement-

Penganjuran MAP PUSPANITA Kali Ke-44 mencerminkan iltizam berterusan pertubuhan itu dalam memperkukuh kepimpinan, memupuk semangat perpaduan serta meningkatkan penglibatan ahli dalam menjayakan agenda kebajikan, pembangunan wanita dan kesejahteraan institusi keluarga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Melalui penglibatan aktif ahli, semangat kesukarelawanan dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, PUSPANITA terus memainkan peranan penting dalam memperkasa wanita serta menyokong pembangunan komuniti ke arah pembentukan masyarakat yang lebih inklusif, sejahtera dan mampan. – The Capital Post