WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (22288) ORDER BY meta_id ASC

Marahkan isteri, suami beri anak minum racun rumpai » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Marahkan isteri, suami beri anak minum racun rumpai

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEAUFORT: Hanya kerana marahkan isteri kerana mahu pulang ke kampung, seorang suami tergamak bertindak luar batasan apabila memberi racun rumpai kepada anak perempuan mereka berusia lima tahun.

-Advertisement-

Kejadian jam kira-kira 12 tengah hari Ahad lalu di Kampung Bundu, Kuala Penyu, di sini, apabila suspek berusia 43 tahun itu dikatakan turut bertindak mencekik mangsa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, isteri suspek menyatakan mahu pulang ke kampung bersama anak-anak ke Keningau, namun hasrat itu dibantah suaminya.

“Suspek yang berang kemudian memberi anaknya minum kopi yang sudah dicampur dengan racun rumput.

“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Advertisement-

Yusoff Zaki berkata, tidak cukup dengan itu, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Katanya, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang alahan berikutan kandungan racun adalah sedikit.

Sementara itu, Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penderaan Kanak-kanak),” katanya.-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC