PETALING JAYA, 29 Feb 20 (The Capital Post) – Datin Paduka Marina Mahathir merupakan individu utama yang mendapat memujuk Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke meja perbincangan dengan pemimpin- pemimpin Pakatan Harapan untuk berkerjasama sekali lagi, menurut satu laporan media online.
Menurut laman portal The Malaysian Insight (TMI) melaporkan bahawa pemimpin Pakatan telah meminta Marina Mahathir untuk membantu mengaturkan satu pertemua singkat dengan ayahnya yang juga Perdana Menteri Interim.
Tun Dr Mahathir dikatakan setuju atas permintaan anaknya, Marina Mahathir untuk bertemu dengan parti lain dalam keadaa kerajaannya yang tidak stabil,” menurut portal berita itu.
“Ia mengambil beberapa panggilan telefon dan mesej teks, tetapi akhirnya Marina berjaya mendapatkan bapanya untuk berbincang dengan pemimpin Pakatan,” tambah portal berita tersebut.
Perbincangan pendamaian ini berlaku pada awal hari Sabtu (29 Feb), Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat dengan mengisytiharkan bahawa mereka akan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. – The Capital Post