Maxis Business perkasa pendigitalan industri pembuatan dan logistik

Estimate Reading Time: 3 minutes

Maxis Business meneruskan agenda memperkasakan perkhidmatan digital dengan meletakkan ketersambungan dalam sektor pembuatan dan logistik sebagai aspek penting dalam menyokong ekonomi negara.

-Advertisement-

Perkembangan pendigitalan dalam sektor berkaitan mencatat pertumbuhan positif bermulanya era pandemik dan berkekalan menjangkaui pasca COVID-19.

Menyedari perkembangan menggalakkan sejak tiga tahun lalu, Maxis Bhd menerusi penyelesaian Internet Kebendaan (IoT) terkemuka di Malaysia memberi tumpuan strategik sebagai penyedia sambungan bersepadu untuk memacu industri pembuatan dan logistik ke masa hadapan.

Dengan menawarkan penyelesaian rangkaian terurus dan awan, Maxis Business dapat memastikan perniagaan memiliki infrastruktur rangkaian yang tepat untuk menyokong langkah pendigitalan.

Penyelesaian itu menawarkan infrastruktur moden bagi memudahkan aspek komunikasi, kerjasama dan pengurusan data lancar, selain dapat mengoptimumkan proses pembuatan.

Justeru, keperluan kepada pemilihan rangkaian tepat adalah penting bagi memastikan daya saing perniagaan dapat dipertingkatkan selaras dengan keperluan semasa.

Menerusi Maxis Business, perniagaan yang terbabit dalam sektor pembuatan dan logistik dapat didigitalkan selain ia meningkatkan kecekapan kos dan meningkatkan jangkaan pengguna yang semakin berubah.

Ketua SMB dan Segmen Pasaran Pertengahan Maxis Business, Kevin Lee, berkata penyelesaian yang ditampilkan Maxis memainkan peranan penting dalam menyediakan ketersambungan yang kukuh dan selamat.

“Saya berpendapat pasaran pertengahan atau mid market adalah segmen penting kepada ekonomi Malaysia. Perkembangan yang dicatatkan sejak beberapa tahun lalu sangat menggalakkan dan ia semakin berkembang dengan pesat.

“Sebagai contoh dalam sektor pembuatan, sejak beberapa tahun lalu, mereka bergantung kepada kos buruh yang rendah dan tidak melihat ke arah pendigitalan.

“Namun, disebabkan desakan pasaran, sektor pembuatan, generasi kedua melihat keperluan mendesak untuk mendigitalkan perniagaan,” katanya.

Bagi Ketua Produk Perusahaan Maxis Business, Selvakumar Rajasekaran, cabaran yang dihadapi sektor pembuatan dan logistik sangat berbeza bagi menangani keperluan pelanggan yang mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai termasuk membabitkan isu keselamatan siber.

Katanya, penyelesaian yang ditawarkan menerusi Maxis Business membentuk pendekatan serampang dua mata untuk memahami persekitaran dan cabaran pelanggan.

“Kami menilai ancaman secara proaktif, menilai sifat kritikal serangan, menguji penembusan keselamatan dan menyediakan penyelenggaraan proaktif serta mewujudkan perjanjian perkhidmatan (SLA) dan banyak lagi.

-Advertisement-

“Antara langkah pencegahan yang ditawarkan kami termasuk pemantauan berterusan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun untuk mengesan dan menghalang serangan yang mungkin muncul,” katanya.

Antara cabaran yang dihadapi perniagaan dan PKS pada masa ini termasuk proses manual, penjejakan data dan pelaporan inventori yang memakan masa selain turut menyebabkan operasi terdedah kepada kesilapan.

Selain itu, syarikat berkaitan juga terdedah kepada kesilapan reka bentuk dan kawalan kualiti yang rendah yang mana mengakibatkan proses baik pulih yang mahal seterusnya membawa kepada pengeluaran serta hasil yang rendah.

Tanpa penyelesaian komprehensif, perniagaan dan PKS juga berdepan dengan kekurangan ketersediaan operasi pengeluaran, perancangan pengeluaran lemah dan keterlihatan yang merentasi rantaian nilai disebabkan sistem yang beroperasi secara silo.

Jika perniagaan tidak memiliki penyelesaian holistik seperti Maxis Business, mereka akan terdedah kepada ketidakpatuhan kepada piawaian industri dan risiko kegagalan audit membawa kepada kehilangan reputasi serta kehilangan keyakinan pelanggan.

Dengan Maxis Business, perniagaan dan PKS dapat menghubungkan masa depan logistik dan pembuatan dengan aspek ketersambungan yang baik.

Menerusi Maxis Business, ia dapat memperkasakan infrastruktur, termasuk perkara membabitkan penghasilan dan pengedaran produk.

Penyelesaian khusus daripada Maxis ini dapat mengoptimumkan setiap aspek rantaian bekalan dan kecekapan operasi perniagaan dan PKS.

Lee berkata, sektor pembuatan dan logistik memerlukan nasihat kepakaran dalam perkomputeran awan dan set penuh perkhidmatan teknologi maklumat (IT) termasuk Perkhidmatan Rangkain dan Perkhidmatan Keselamatan Terurus.

“Kami juga menyediakan Kecerdasan Buatan (AI) dan Perkakasan Pembelajaran bersama AWS Cloud sebagai saluran untuk mendigitalkan pendidikan serta mengumpul data bagi mengoptimumkan penyelesaian pendidikan yang komprehensif.

“Selain itu, kami menyediakan Kit Permulaan Pemasaran Digital untuk memantau dengan teliti, menilai dan menyelesaikan faktor masalah yang boleh memberikan kesan negatif dalam peralihan digitalnya termasuk menyelenggara semula laman web,” katanya.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Business.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427