MDEC Perkukuh Sokongan Digital PKS di SME Biz Day 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA 10 Jun 2026 (The Capital Post) – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) terus memperkukuh peranan dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi penyertaan sebagai Rakan Strategik Sokongan di CTOS SME Biz Day 2026 yang berlangsung di Petaling Jaya hari ini.

Antara tumpuan utama program tersebut ialah sesi panel Ketua Pegawai Eksekutif bertajuk “Enabling SMEs: Policies, Support & Opportunities” yang menghimpunkan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Encik Anuar Fariz Fadzil bersama wakil kepimpinan daripada MATRADE, SME Corp. Malaysia, Prokhas serta SJPP.

Perbincangan panel itu memberi fokus kepada usaha memperkukuh dasar sokongan, memperluas akses bantuan serta mempertingkatkan peluang pertumbuhan kepada PKS di Malaysia.

-Advertisement-

Menerusi penyertaan strategik ini, MDEC menegaskan komitmennya untuk terus menyokong daya tahan perniagaan PKS, mempercepatkan penerapan digital serta membuka lebih banyak ruang pertumbuhan dalam ekosistem ekonomi digital negara. – The Capital Post