PUTRAJAYA, 4 September 2026 (The Capital Post) – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) meneruskan usaha memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dengan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kunjungan hormat di Putrajaya semalam.
Delegasi MDTM yang diketuai Yang Dipertua MDTM, Dr., bersama Setiausaha serta Ketua-Ketua Jabatan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Kunjungan Hormat bersama Ketua Pengarah JKT, YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali di Bilik Perbincangan Ketua Pengarah, Aras 29, JKT, KPKT.
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan, perancangan serta usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan pentadbiran MDTM.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKT, YBrs. Tuan Omran bin Omar dan Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal) JKT, YBrs. Tuan Ar. Mohamad Nazli bin Ramli bersama pegawai-pegawai kanan JKT.
-Advertisement-
MDTM turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah JKT serta seluruh barisan pegawai atas kesudian menerima kunjungan dan memberikan sokongan serta kerjasama dalam membantu usaha pembangunan kawasan pentadbiran majlis.
Jalinan kerjasama antara MDTM dan JKT diharap terus diperkukuh demi kemajuan serta kesejahteraan masyarakat. – The Capital Post