KUALA LUMPUR: Anggota Jemaah Menteri dari BERSATU dan PAS tidak bersetuju dengan pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir.
-Advertisement-
Seramai 12 ahli Kabinet kedua-dua parti berkenaan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan pendirian mereka.
Difahamkan surat itu ditandatangani oleh semua menteri Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu PRU-15 diadakan tahun ini.
Sumber memberitahu, surat bertarikh 3 Oktober lalu, sudah pun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.
“Sepucuk surat diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh menteri Kabinet PN yang menyatakan alasan mereka tidak bersetuju PRU diadakan pada tahun ini kerana beberapa alasan. Antaranya Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku monsun teruk akan datang.
-Advertisement-
“Ia (keputusan tidak bersetuju dengan PRU tahun ini) bagi membenarkan ekonomi negara untuk pulih lebih sepenuhnya, memandangkan kedua-duanya akan memberi impak kepada rakyat.
“Ini bermaksud Kabinet tidak sependapat mengenai keputusan pembubaran Parlimen,” dakwanya.
-BH