WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1542) ORDER BY meta_id ASC

Mohon senarai penuh projek pembangunan Kelantan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mohon senarai penuh projek pembangunan Kelantan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Seorang wakil PAS hari ini meminta Kementerian Kewangan menyenaraikan semua projek pembangunan untuk Kelantan yang dirancang sepanjang tahun depan.

-Advertisement-

Gesaan itu dibuat berikutan dakwaan tidak ada projek besar yang diumumkan bagi negeri berkenaan ketika pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Sebaliknya Guan Eng hanya menyentuh mengenai pembinaan sebuah sekolah di Tumpat menerusi peruntukan bagi pendidikan.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mahu kementerian berkenaan memperincikan semua projek yang bakal dilaksanakan di Kelantan bagi tahun 2020 tidak termasuk projek pembangunan yang pernah diumumkan dalam belanjawan sebelum 2019 tetapi tidak dilaksanakan.

“Lebih mendukacitakan apabila dalam Belanjawan 2020, tiada projek di Kelantan yang disebut dalam ucapan (menteri) kecuali pembinaan sekolah di Tumpat. Itu pun saya tidak tahu di mana sekolah itu akan dibina.

“Apabila ditanya, menteri atau timbalan menteri sekadar menjawab tidak bermakna tiada projek (di Kelantan) walaupun tidak disentuh dalam pembentangan belanjawan.

“Jadi, saya minta Menteri Kewangan ketika menggulung perbahasan belanjawan ini, senaraikan projek-projek yang akan dilaksana di Kelantan tahun depan,” katanya.

-Advertisement-

Che Abdullah turut mendakwa pemimpin PH sekadar mengulangi projek yang diumumkan kerajaan sebelum ini untuk negeri berkenaan tetapi belum dilaksanakan lagi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam menegaskan dakwaan bahawa tiada projek berimpak tinggi dirancang bagi Terengganu dan Kelantan adalah tidak benar.

Sebaliknya pembangunan projek infrastruktur di seluruh negara, perlu disenaraikan mengikut keutamaan dalam keadaan kekangan kewangan negara.

Malah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Jidin menjelaskan lima projek berimpak tinggi di Kelantan yang dumumkan pada Mac lalu tetap diberi keutamaan walaupun tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Ia adalah projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.

Perbahasan Che Abdullah itu juga mencetuskan gamat seketika apabila beliau bertikam lidah dengan beberapa penyokong kerajaan yang mendakwa ucapannya mencetuskan kebencian kerana tidak mengakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan memberikan terus wang ihsan kepada kerajaan negeri berbanding BN yang menyalurkannya kepada jabatan persekutuan di negeri itu sebelum ini. -Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (5655,5651,5649,5647) ORDER BY meta_id ASC