WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27046) ORDER BY meta_id ASC

MOSTI sedia 50 peratus dana untuk R&D » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MOSTI sedia 50 peratus dana untuk R&D

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan sekurang-kurangnya 50 peratus dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi aktiviti penyelidikan pra-pengkomersialan.

-Advertisement-

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia susulan penghasilan produk dan perkhidmatan mempunyai nilai tambah di negara ini masih rendah berbanding negara berinovasi tinggi.

Katanya, Malaysia ketika ini hanya membelanjakan sekitar 24.5 peratus untuk aktiviti penghasilan prototaip, perintis dan peningkatan produk.

“Jika kita bandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam bidang R&D Malaysia dengan negara maju, terdapat ruang dan peluang luas untuk negara memacu ekonomi inovatif lebih unggul.

“Di negara lain yang berinovasi tinggi, mereka membelanjakan lebih 50 peratus (KDNK) untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan mempunyai nilai tambah,” katanya pada majlis mengumumkan Penerima Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2021, secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Profesor Datuk Dr Asma Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Hazami Habib.

TRSM adalah inisiatif ASM bagi mengiktiraf saintis yang aktif dan cemerlang dalam Penyelidikan dan Pembangunan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

-Advertisement-

Pada program berkenaan, seramai 22 saintis dalam pelbagai bidang kepakaran diiktiraf atas sumbangan signifikan serta pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan inovasi (STI).

Sementara itu, Dr Adham berkata, negara yang berpaksikan inovasi juga mempunyai lebih 40 peratus penyelidik dalam sektor industri berbanding hanya 15.83 peratus penyelidik di Malaysia,

Katanya, berdasarkan kepada data UNESCO Institute of Statistics Database, 79.2 peratus penyelidik pula berada di institusi pengajian tinggi.

Justeru, beliau berkata, bagi mengatasi jurang itu, MOSTI sedang mengkaji mekanisme yang bersesuaian untuk mempertingkatkan peratusan penyelidik di sektor industri termasuk melalui inisiatif Pertukaran Penyelidik Saintifik Industri (RISE)

Dr Adham berkata, RISE membolehkan penempatan penyelidik di industri bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan produktiviti. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC