MOTAC Pantau Projek Naik Taraf Rumah Reptilia Zoo Johor

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU 4 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneruskan pemantauan terhadap pelaksanaan projek pembangunan kemudahan pelancongan menerusi lawatan ke Zoo Johor bagi meninjau perkembangan Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) Rumah Reptilia.

Lawatan pemantauan yang berlangsung semalam itu diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam bersama delegasi kementerian.

Projek PPUN Rumah Reptilia tersebut telah diluluskan oleh MOTAC pada tahun 2026 di bawah peruntukan PPUN bagi meningkatkan kemudahan berkenaan di Zoo Johor.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bertindak sebagai agensi pelaksana bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan Rumah Reptilia di zoo berkenaan.

-Advertisement-

Lawatan itu turut menjadi platform penyelarasan antara MOTAC dan agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

Turut hadir Pengarah MOTAC Negeri Johor, wakil Bahagian Pembangunan Prasarana (BPP) MOTAC, wakil Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta pegawai-pegawai berkaitan.

MOTAC terus komited memperkukuh pemantauan projek pembangunan bagi memastikan peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum dalam usaha meningkatkan kualiti produk dan kemudahan pelancongan negara – The Capital Post