BACHOK, Kelantan, 10 Ogos 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot mengadakan lawatan kerja ke Pantai Senok di sini bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP2, RMKe13).
Lawatan itu memberi tumpuan kepada projek menaik taraf kemudahan pelancongan di Pantai Senok bagi meningkatkan kualiti, keselesaan dan keselamatan kemudahan untuk kegunaan pengunjung.
Projek penambahbaikan kemudahan pelancongan yang dirancang itu dijangka dapat memperkukuh daya tarikan Pantai Senok sebagai destinasi pelancongan berpotensi, selain menyokong pertumbuhan ekonomi dan aktiviti pelancongan setempat.
-Advertisement-
Perancangan projek di bawah RP2, RMKe13 itu mencerminkan komitmen berterusan MOTAC dalam memperkasa infrastruktur pelancongan serta meningkatkan pengalaman pelancong dan pengunjung, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, lawatan tersebut turut menzahirkan komitmen kementerian dalam memastikan pembangunan kemudahan pelancongan dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada pengunjung serta komuniti setempat. – The Capital Post