WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35383) ORDER BY meta_id ASC

MSU rai 1,532 graduan pada Majlis Konvokesyen ke-31 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MSU rai 1,532 graduan pada Majlis Konvokesyen ke-31

Estimate Reading Time: 2 minutes

SHAH ALAM: Seramai 1,532 graduan dari 102 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-31 yang berlangsung di Dewan Canselor MSU dekat sini, baru-baru ini.

-Advertisement-

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata pada sidang konvokesyen kali ini, seramai 15 graduan menerima ljazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (49), Sarjana Muda (581) dan Diploma (887).

“Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) dan Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) adalah fakulti dengan graduan dari bilangan program terbanyak iaitu 20 program pengajian yang mana School of Education and Social Sciences (SESS) menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 379 graduan.

“Turut diraikan ialah graduan sulung bagi program Masters in Educational Management and Leadership (4) dan Masters of Anatomy (1) sertai graduan antarabangsa (103).

Hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen MSU ke-31 adalah Raja Muda Kedah yang juga Canselor MSU, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan Universiti.

Mohd Shukri berkata, lima kategori anugerah khas kecemerlangan diberikan kepada 40 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan yang mana mereka menerima hadiah sumbangan Yayasan MSU iaitu plak, wang tunai serta biasiswa bagi menyambung pengajian di universiti berkenaan.

“Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor adalah Dr Danielle Valerinna Anak Charles (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS); Anugerah Presiden diberikan kepada Ahmed Ali Jaleel (Doctor Of Philosophy (Management/ Business); Muhammad Aidil Azami (Bachelor in Cardiovascular Technology (Hons) dan Aida Qistina Uzma Mohd Yusoff (Diploma in Culinary Arts) manakala Mohd Shukri Yajid Outstanding Award diberikan kepada M Umassree (Bachelor in Psychology (Hons),” katanya.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, beliau berkata, 23 graduan menerima Anugerah Akademik dan 12 graduan menerima Anugerah Industri.

Sementara itu, penerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-31, Muhammad Aidil Azami, berkata selain berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, kunci utama kejayaan adalah disebabkan doa ibu dan ayah.

Graduan Bachelor in Cardiovascular Technology (Hons) berusia 25 tahun itu adalah antara tiga graduan MSU yang terpilih untuk menerima anugerah berkenaan berikutan kecemerlangan yang ditonjolkan pada setiap semester.

“Alhamdulillah syukur Tan Sri (Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid) memilih saya untuk menjadi salah seorang penerima anugerah ini. Ini membuktikan usaha saya selama hampir tujuh tahun di universiti ini tidak sia-sia,” katanya.

Muhammad Aidil sebelum ini melanjutkan pelajaran di MSU dalam Diploma Medical Asistant dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang teknologi kardiovaskular.

Anak kelahiran Alor Star, Kedah itu kini bertugas sebagai ahli teknologi kardiovaskular di sebuah pusat perubatan swasta di Butterworth, Pulau Pinang.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC