Nama calon MB Kelantan sudah ada – Zahid Hamidi

Estimate Reading Time: < 1 minute

TANAH MERAH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau sudah menerima beberapa nama calon Menteri Besar Kelantan.

-Advertisement-

Presiden UMNO itu berkata, nama berkenaan akan diumumkan sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Sabtu ini.

“Kita sudah ada nama calon Menteri Besar, ia membabitkan beberapa nama yang diberikan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri kepada saya.

“Kita akan umum bila kita menang nanti. Pelantikan Menteri Besar tertakluk kepada titah Sultan Kelantan dan kita tidak boleh melangkauinya,” katanya selepas merasmikan Hari Potensi KEMAS dan Program Desa Cerdas, hari ini.

-Advertisement-

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman.

Media sebelum ini melaporkan, PAS Kelantan menjelaskan tidak perlu memberi bayangan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Kelantan selagi PRN tidak selesai.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata tumpuan sekarang adalah kepada rakyat dan gerak kerja calon-calon untuk berdepan PRN.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427