KUALA LUMPUR 27 September 2026 (The Capital Post) – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, mengadakan lawatan ke reruai Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 di Kuala Lumpur, semalam.
Lawatan yang berlangsung pada 26 September itu memberi peluang kepada beliau untuk bertemu usahawan di bawah seliaan KPK serta meninjau pelbagai produk agrikomoditi bernilai tambah yang dipamerkan.
Tinjauan tersebut turut mengetengahkan potensi produk agrikomoditi tempatan untuk terus berkembang dan menembusi pasaran halal antarabangsa.
-Advertisement-
Dalam program berkenaan, Noraini turut menyertai demonstrasi masakan bersama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin. Demonstrasi itu memaparkan penggunaan produk agrikomoditi tempatan dalam penyediaan hidangan yang kreatif dan berkualiti.
Penyertaan KPK dalam MIHAS 2026 menjadi platform untuk memperluas akses pasaran, meningkatkan daya saing usahawan serta memperkenalkan produk agrikomoditi Malaysia kepada pembeli dan pemain industri dari dalam serta luar negara – The Capital Post