P Pinang rangka peraturan larang ‘homestay’, sewa jangka pendek di pangsapuri

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN: Garis panduan sedang dirangka bagi badan pengurusan pangsapuri dan kondominium menguatkuasakan larangan kediaman itu dijadikan rumah inap atau sewa jangka pendek.

-Advertisement-

Exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo (DAP-Dato Keramat) berkata, ia susulan keputusan mahkamah baru-baru ini yang membenarkan larangan rumah inap dan sewaan jangka pendek di kediaman itu bagi mengelak ia mengganggu penduduk.

Jagdeep berkata, badan pengurusan yang menguatkuasakan peraturan kediaman itu bagi melarang sewa jangka pendek boleh mendenda pemilik unit RM200 bawah Akta Pengurusan Strata.

Bagaimanapun, katanya, undang-undang persekutuan mesti menaikkan denda sehingga pemilik hartanah memandang serius terhadap peraturan kediaman itu.

“Pulau Pinang mempunyai jumlah pangsapuri, kondominium dan hartanah berstrata ke-3 terbesar di negara ini. Garis panduan ini diperlukan untuk melindungi kesejahteraan dan keselamatan penduduk,” katanya ketika menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (DAP-Seri Delima).

-Advertisement-

“Kita tidak mahu rumah jiran kita dibuat seperti hotel yang mana orang boleh datang dan pergi sesuka hati mereka.

“Jadi, buat masa ini, pihak berkuasa tempatan menasihati pangsapuri dan kondominium untuk membuat peraturan kediaman mereka sendiri yang melarang rumah inap seperti itu.”

Sementara itu, Teh Lai Heng (DAP-Komtar) mendesak pihak berkuasa membuka pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di UTC baharu di Komtar.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan yang pejabat SSM Seberang Jaya terlalu jauh dan menimbulkan kesulitan kepada pengusaha dan syarikat. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373