Sesi Zahid menghadap Agong ditangguhkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sesi Presiden Umno, Zahid Hamidi, yang dijadual menghadap Agong esok ditangguhkan.

-Advertisement-

Zahid mengesahkan perkara itu dan berkata pertemuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

“Ditangguhkan. Tarikh belum ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui Telegram hari ini.

-Advertisement-

Semalam Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno berkata Zahid dijadual menghadap Sultan Abdullah pada 5 petang Khamis.

Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373