KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rayuan Olahraga Para Dunia menolak rayuan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli untuk membatalkan keputusan final lontar peluru F20 pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.
-Advertisement-
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Ziyad terlepas pingat emas acara berkenaan dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya berkenaan berakhir.
-Advertisement-
Keputusan itu diumumkan Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan sebentar tadi.
-BH