PBB mempunyai ‘tugas moral’ selesaikan persoalan Palestin

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai ‘tugas moral’ untuk menyelesaikan persoalan Palestin melalui penyelesaian dua negara.

-Advertisement-

Perkara itu disampaikan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Al-Busaidi ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB ke-78 di New York.

Menteri itu juga menyifatkan isu Palestin sebagai ‘ketidakadilan yang berlangsung lebih daripada 70 tahun’.

Katanya, bagaimanapun rakyat Palestin berdiri teguh dalam keyakinan dan keazaman mereka terhadap pendudukan Israel yang kejam, embargo dan penyalahgunaan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.

-Advertisement-

“Kepercayaan Oman terhadap keadilan, kesaksamaan dan penghormatan terhadap Piagam PBB bermakna ‘seperti semua negara yang aman’.

“Tiada jalan lain kepada persoalan Palestin selain penyelesaian dua negara”, katanya.

Al-Busaidi turut menggesa semua negara untuk ‘kekal terikat’ dengan sistem PBB dalam menyelesaikan pertikaian dan konflik, sambil menambah badan dunia itu mempunyai kewajipan ‘untuk menamatkan penderitaan yang menyakitkan rakyat Palestin’.

“Ini hanya boleh berlaku melalui pengunduran Israel ke sempadan seperti Jun 1967 dan penciptaan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

“Konflik Russia-Ukraine juga menyebabkan kesan kemanusiaan yang menyakitkan. Peperangan itu memberikan cabaran penting kepada keamanan antarabangsa dan sistem bekalan yang berfungsi dengan baik di seluruh dunia,” kata Al-Busaidi.

Sehubungan itu, beliau merayu dialog dan rundingan damai antara kedua-dua pihak ‘berdasarkan prinsip tidak mencederakan sesiapa’ serta kedaulatan negara dan kejiranan yang baik.
– Agensi
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373