WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31455) ORDER BY meta_id ASC

Pelabur ambil untung, Bursa Malaysia dibuka rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pelabur ambil untung, Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kegiatan pengambilan untung susulan prestasi positif bursa tempatan semalam mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini selain pada masa yang sama menjejaki pergerakan hambar semalaman Wall Street.

-Advertisement-

Seorang peniaga berkata, pelabur masih mengambil sikap berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Pada jam 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh sebanyak 7.02 mata kepada 1,454.08 daripada penutupan Selasa pada paras 1,461.10.

Indeks utama itu menyusut 1.65 mata pada 1,459.45 pada sesi pembukaan dagangan.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 184 berbanding 79, manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,936 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 113.54 juta unit bernilai RM47.52 juta.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata. FBM KLCI meningkat semula semalam selepas susut minggu lalu apabila pelabur mengambil kesempatan di atas saham wajaran tinggi perbankan terpilih.

“Namun begitu, prestasi tidak menentu Wall Street semalaman berikutan kebimbangan kenaikan kadar yang agresif akan merebak ke pasaran serantau dan bursa tempatan.

“Sementara itu, dana asing masih kekal dalam mod jualan dengan jualan asing bersih lima hari merekodkan sejumlah RM261.4 juta,” katanya.

-Advertisement-

Bagi komoditi, firma pembrokeran itu berkata harga minyak mentah telah turun kepada sekitar US$90 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) didagangkan melebihi paras RM3,750.

Untuk sektor yang menjadi tumpuan pula, ia menambah sektor teknologi dijangka mengikuti kerugian di Nasdaq semalaman dan diniagakan dengan berhati-hati menjelang mesyuarat Fed, manakala pasaran mungkin memihak kepada sektor perbankan di tengah-tengah persekitaran kitaran naik kadar faedah.

“Kami juga memilih sektor pembinaan dan bahan binaan menjelang Bajet 2023. Selain itu, pengeluar plastik juga boleh mendapat manfaat di bawah persekitaran ringgit yang lebih lemah,” tambahnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Bank susut tiga sen setiap satu kepada RM8.67 dan RM5.45, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing turun enam sen kepada RM8.64 dan RM6.08 manakala Public Bank menambah satu sen kepada RM4.46.

Dalam kalangan saham aktif, Top Glove, SNS Networks dan Citaglobal turun setengah sen setiap satu kepada 70 sen, 26.5 sen dan 23 sen, manakala China Automobile dan NWP Holdings tidak berubah, masing-masing pada setengah sen dan 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 40.90 mata menjadi 10,383.0, Indeks FBMT 100 kerugian 41.99 mata kepada 10,124.76, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 51.62 mata kepada 10,469.81, Indeks FBM 70 menguncup 24.94 mata kepada 12,624.21 dan FBM ACE kerugian 36.73 mata kepada 4,770.57.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga lemah 2.16 mata untuk mencatatkan paras 718.03, Indeks Perladangan menguncup 51.10 mata kepada 6,856.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 31.24 mata kepada 16,422.45 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.97 mata menjadi 178.02.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC