Pengadil wanita pada Piala Asia buat julung kali

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pegawai perlawanan wanita termasuk pengadil terkenal Yoshimi Yamashita dari Jepun akan mengadili Piala Asia lelaki buat kali pertama tahun depan di Qatar, kata pegawai hari ini.

-Advertisement-

Yamashita, yang juga dipilih mengendali perlawanan Piala Dunia lelaki 2022 di Qatar, disenarai bersama empat pengadil wanita lain bagi kejohanan serantau pada Januari-Februari.

“Buat pertama kalinya, pegawai perlawanan wanita bersedia untuk membuat penampilan sulung mereka pada pertandingan pasukan kebangsaan lelaki paling berprestij di Asia,” kata Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan.

Sistem video bantuan pengadil (VAR) juga akan membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, kata AFC.

-Advertisement-

Piala Asia akan menyaksikan 24 pasukan bersaing buat kali pertama dengan tuan rumah Qatar juara bertahan.

Jepun dan Korea Selatan juga akan menjadi antara pasukan pilihan selepas mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar.
Bulan lalu AFC mengumumkan ia akan melancarkan Liga Juara-Juara Wanita Asia tahun depan.
– AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373